// ----------------------------------------------------------------------------------------------// // ----------------------------------------------------------------------------------------------// Jobs For Malaysians | Jawatan Kosong Untuk Malaysia
Showing posts with label GOVERMENT|KERAJAAN. Show all posts
Showing posts with label GOVERMENT|KERAJAAN. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

Job In Universiti Malaysia Kelantan|Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Kelantan

Jawatan Kosong Bukan Akademik 2012

Sila layari Universiti Malaysia Kelantan

Selamat memohon.

Saturday, September 15, 2012

Jobs In Majlis Daerah Jerantut|Jawatan Kosong Majlis Daerah Jerantut

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Pekerja Awam R1 (kontrak). Keutamaan akan diberikan kepada rakyat negeri Pahang Darul Makmur. Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 24 September 2012 (Isnin).
Muat Turun Syarat Lantikan dan Borang Permohonan.

Selamat memohon.

Friday, September 14, 2012

Jobs In Majlis Perbandaran Kulim|Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Kulim

Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kulim

Sila layari Majlis Perbandaran Kulim

Tarikh tutup 25 September 2012

Selamat memohon.

Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Maran|Jobs In Majlis Daerah Maran

Jawatan kosong di Majlis Daerah Maran

Sila layari Majlis Daerah Maran

Tarikh tutup 28 September 2012

Selamat memohon.

Jobs In MAIK|Jawatan Kosong Di MAIK

  1. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
  1.   1. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PEGAWAI PENYELARAS PENTADBIRAN MASJID) - Lelaki sahaja
  2.   2. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN, GRED N17 - Lelaki sahaja
  3.   3. PEKERJA AWAM (PRA), GRED R1
     [Muat turun BORANG DAN IKLAN JAWATAN KOSONG Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan ]

  1. TARAF JAWATAN :    KONTRAK & SAMBILAN

  2. GAJI PERMULAAN
  3. Gaji permulaan yang lebih tinggi diatas P1 boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

  1. UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
 
  1. CARA MEMOHON
  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
  • Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2011 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
  • Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.
  • Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.  
  1. ALAMAT PERMOHONAN
            Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

            YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,
            Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
            Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
            15200 KOTA BHARU.
 
            SEBELUM ATAU PADA   : 30HB SEPTEMBER, 2012
  
  1. PERKARA AM
  2. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Selamat memohon.

Wednesday, September 12, 2012

Jobs In Pejabat Polis Diraja Malaysia|Jawatan Kosong Di Pejabat Polis Diraja Malaysia

Jawatan kosong di Polis Diraja Malaysia(PDRM)

Sila layari  Polis Diraja Malaysia(PDRM)

Selamat memohon.

Tuesday, September 11, 2012

Jobs In International Islamic University Malaysia(IIUM)|Jawatan Kosong Di International Islamic University Malaysia(IIUM)

Jobs in International Islamic University Malaysia(IIUM).

    1.Academic Position
    2.Administrative Position

Please visit  International Islamic University Malaysia(IIUM).

Good Luck.

Jobs In Majlis Daerah Bandar Baharu|Jawatan Kosong DiMajlis Daerah Bandar Baharu

Jawatan kosong di Majlis Daerah Bandar Baharu.

Sila layari Majlis Daerah Bandar Baharu.

Tarikh tutup 1 Oktober 2012.

Selamat memohon.

Monday, September 10, 2012

Job In UiTM (Terengganu)|Jawatan Kosong Di UiTM (Terengganu)

Iklan Jawatan Kosong - Penolong Pensyarah

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di UiTM (Terengganu) Dungun bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.
1. JAWATAN :
a) PENOLONG PENSYARAH UiTM GRED DM29 SECARA TETAP

Maklumat lanjut rujuk iklan dan syarat lantikan dibawah

>> Borang Permohonan

Selamat memohon

Job In Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)|Jawatan Kosong Di Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sebuah syarikat berkaitan kerajaan diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan dan diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa individu yang dinamik untuk jawatan berikut :-

KEKOSONGAN JAWATAN SEBAGAI KERANI DI BAHAGIAN PENERBITAN (SAMBILAN/SEPENUH MASA)

ITBM sedang mencari calon berpotensi untuk mengisi kekosongan jawatan di Bahagian Penerbitan.
Tarikh Tutup: 17 Sep, 2012
Tanggungjawab Kerja
  • Melaksanakan tugas-tugas perkeranian di Bahagian Penerbitan
  • Membantu menyediakan laporan projek khas
  • Membantu membaca pruf bagi semua projek khas
Syarat Kelayakan
  • Mempunyai diploma
  • Mahir dalam bidang penulisan
Boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris (memiliki penguasaan bahasa Melayu yang baik akan diberi keutamaan)

Sila layari  Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)

Selamat memohon

Job In Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)|Jawatan Kosong Di Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sebuah syarikat berkaitan kerajaan diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan dan diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa individu yang dinamik untuk jawatan berikut :-

KEKOSONGAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU AM (PEMANDU)

ITBM sedang mencari calon berpotensi untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pembantu Am (Pemandu)
Tarikh Tutup: 17 Sep, 2012
Tanggungjawab Kerja
  • Menjadi pemandu kenderaan syarikat
  • Membantu tugas-tugas umum
Syarat Kelayakan
  • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Mempunyai lesen kereta & motosikal
  • Mahir laluan di sekitar Lembah Klang
  • Sanggup bekerja lebih masa dan di luar waktu pejabat
  • Sanggup bekerja di luar kawasan Kuala Lumpur
Berpengalaman sebagai pemandu peribadi diberi keutamaan

Sila layari Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)

Selamat memohon.

Jobs In INSTITUT SUKAN NEGARA (ISN)|JAWATAN KOSONG DI INSTITUT SUKAN NEGARA (ISN)

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-
JAWATAN:

1.Pegawai Penyelidik Q (Flexibel) Q41 -Q54 - Tetap / Kontrak




Kumpulan: Pengurusan dan Profesional




Kem./Jab.: Institut Sukan Negara





Jadual Gaji:





PERINGKAT
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
P1
P2
P3
RM3,413.23
RM3,592.48
RM3,779.60
RM5,911.83
RM6,172.76
RM6,462.12
RM250.00





Syarat Lantikan:


  • Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.





Lantikan Terus Ke Gred Q43, Q47, Q51 atau Q53::


Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q43, Gred Q47, Gred Q51 atau Gred Q53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:


  • mempunyai kelayakan di atas; dan
  • telah terbukti kemampuan dari segi pengalaman dan sumbangan kepada bidang pembangunan dan penyelidikan (R & D)





Deskripsi Tugas:


  • membantu menyediakan pangkalan data dan maklumat unjuran dari sudut penyelidikan sains perubatan sukan;
  • membantu dalam menyelia dan melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta pembangunan pangkalan data sumber sains perubatan, pelbagai jenis sukan, program dan polisi adaptasi perubahan terhadap sains perubatan sukan;
  • membantu dan bertindak sebagai kumpulan pakar dan khidmat nasihat teknikal kepada Kementerian dan agensi serta jabatan kerajaan berkaitan dengan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R & D) dalam bidang adaptasi sains perubatan, sains sukan, kejuruteraan dan pengurusan;
  • membantu menyediakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan berhubung dengan pengurusan-pengurusan risiko bencana (disaster risk reduction) dan adaptasi perubahan iklim (climate change adaptation); dan
  • membantu dalam memberi input saintifik dan kejuruteraan dalam kumpulan kerja (working group)/badan bertindak (task force) yang dibentuk oleh kerajaan/kementerian dan atau agensi/jabatan kerajaan termasuk pembangunan kapasiti dalam bidang yang berkaitan.
































2.Pegawai Belia dan Sukan S41 - Tetap /Kontrak

 
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Institut Sukan Negara

Jadual Gaji:

PERINGKAT
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
P1
P2
P3
RM1,908.45
RM2,015.37
RM2,127.01
RM5,466.95
RM5,781.39
RM6,122.73
RM225.00

Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM1,908.45 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM2,112.86 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.




Deskripsi Tugas:
Merangka dasar, merancang program serta aktiviti berkaitan kegiatan belia dan sukan di peringkat Kementerian/Jabatan. Meliputi memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan, memberikan nasihat kepakaran serta penyeliaan berterusan bagi mengembangkan program-program belia dan sukan.
3.Juru X-Ray U29 - Tetap / Kontrak



Gred: U29,




Kumpulan: Pengurusan dan Profesional, Sokongan





Kem/Jab: Institut Sukan Negara





Jadual Gaji:





GRED
PERINGKAT
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
U29
P1
P2
P3
RM1,311.58
RM1,391.91
RM1,475.66
RM3,599.85
RM3,851.11
RM4,073.20
RM145.00








Syarat Lantikan:


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :





LANTIKAN KE GRED U29


(a)
(i)
Diploma Radiografi atau Radioterapi daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
GRED U29 [ Gaji Permulaan P1 : RM1,687.59 ]








(ii)
Diploma daripada Society of Radiographer United Kingdom yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.










Deskripsi Tugas :





Juru X-Ray Gred U29


1. Tanggungjawab klinikal


2. Aspek pengurusan organisasi


3. Perlindungan sinaran terhadap pesakit, orang awam dan staf.


4. Memastikan kualiti selaras dengan garis panduan MS ISO 9002.


5. Pendidikan dan latihan


6. Teknologi terkini :
a) Pengimejan diagnostik dengan menggunakan sinaran mengion/tidak mengion, medan magnet, ultrabunyi dan denyutan elektronik (digital).
b) Rawatan dengan penggunaan sinaran mengion.

4.Jurupulih Perubatan U29 - Tetap / Kontrak


Kumpulan: Sokongan




Kem/Jab: Institut Sukan Negara





Jadual Gaji:





PERINGKAT
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
P1
P2
P3
RM1,311.58
RM1,391.91
RM1,475.66
RM3,599.85
RM3,851.11
RM4,073.20
RM145.00





Syarat Lantikan:


i.
warganegara Malaysia;


ii.
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;


iii.
a)
Diploma Jurupulih Cara Kerja atau Diploma Fisioterapi daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,687.59 ]



b)
Diploma Jurupulih Cara Kerja (Occupational Theraphy) daripada London School of Occupational Theraphy yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yan diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,762.79 ]


iv.
lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.





Deskripsi Tugas:


i.
Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.


ii.
Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.


iii.
Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.


iv.
Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.


v.
Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.


vi.
Membuat pesanan bekalan peralatan.


vii.
Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.


viii.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.







5. Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 - Tetap / Kontrak

Kumpulan: Sokongan



Kem/Jab: Institut Sukan Negara



Jadual Gaji:



PERINGKAT
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
P1
P2
P3
RM1,361.14
RM1,439.77
RM1,521.80
RM3,565.62
RM3,775.97
RM3,992.94
RM145.00



Kelayakan:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    [ Gaji Permulaan P1 : RM1,361.14 ]
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    [ Gaji Permulaan P1 : RM1,361.14 ]
  • Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [ Gaji Permulaan P1 : RM1,661.95 ]
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    [Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan-kegiatan belia dan sukan].



Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan program/projek belia dan sukan termasuk kerja-kerja menyelaras kegiatan-kegiatan berkenaan, memberi nasihat, bimbingan, kursus-kursus, membuat kajian keperluan sukan dan jenis-jenis sukan, merancang dan juga melaksanakan program pelajaran tata negara di peringkat daerah, negeri dan persekutuan. 




6. Juruteknik Komputer FT17 - Tetap/Kontrak


Kumpulan: Sokongan


Kem/Jab: Institut Sukan Negara



Jadual Gaji:



PERINGKAT
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
P1
P2
P3
RM952.66
RM1,012.48
RM1,074.01
RM2,722.67
RM2,866.28
RM3,014.86
RM95.00



Syarat Lantikan:

  • Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM952.66 ] atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM1,010.77 ] atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM1,068.89 ] atau
  • sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM1,243.24 ] atau
  • sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM1,417.59 ] dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.


Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :
http://www.isn.gov.my
http://www.isn.gov.my/en/career-application


Lokasi: Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Sektor: Badan Berkanun

Tarikh Tutup:
16 September 2012


Selamat memohon.