// ----------------------------------------------------------------------------------------------// Jobs For Malaysians | Jawatan Kosong Untuk Malaysia

Monday, September 10, 2012

Jobs In INSTITUT SUKAN NEGARA (ISN)|JAWATAN KOSONG DI INSTITUT SUKAN NEGARA (ISN)

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-
JAWATAN:

1.Pegawai Penyelidik Q (Flexibel) Q41 -Q54 - Tetap / Kontrak




Kumpulan: Pengurusan dan Profesional




Kem./Jab.: Institut Sukan Negara





Jadual Gaji:





PERINGKAT
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
P1
P2
P3
RM3,413.23
RM3,592.48
RM3,779.60
RM5,911.83
RM6,172.76
RM6,462.12
RM250.00





Syarat Lantikan:


  • Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.





Lantikan Terus Ke Gred Q43, Q47, Q51 atau Q53::


Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q43, Gred Q47, Gred Q51 atau Gred Q53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:


  • mempunyai kelayakan di atas; dan
  • telah terbukti kemampuan dari segi pengalaman dan sumbangan kepada bidang pembangunan dan penyelidikan (R & D)





Deskripsi Tugas:


  • membantu menyediakan pangkalan data dan maklumat unjuran dari sudut penyelidikan sains perubatan sukan;
  • membantu dalam menyelia dan melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta pembangunan pangkalan data sumber sains perubatan, pelbagai jenis sukan, program dan polisi adaptasi perubahan terhadap sains perubatan sukan;
  • membantu dan bertindak sebagai kumpulan pakar dan khidmat nasihat teknikal kepada Kementerian dan agensi serta jabatan kerajaan berkaitan dengan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R & D) dalam bidang adaptasi sains perubatan, sains sukan, kejuruteraan dan pengurusan;
  • membantu menyediakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan berhubung dengan pengurusan-pengurusan risiko bencana (disaster risk reduction) dan adaptasi perubahan iklim (climate change adaptation); dan
  • membantu dalam memberi input saintifik dan kejuruteraan dalam kumpulan kerja (working group)/badan bertindak (task force) yang dibentuk oleh kerajaan/kementerian dan atau agensi/jabatan kerajaan termasuk pembangunan kapasiti dalam bidang yang berkaitan.
































2.Pegawai Belia dan Sukan S41 - Tetap /Kontrak

 
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Institut Sukan Negara

Jadual Gaji:

PERINGKAT
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
P1
P2
P3
RM1,908.45
RM2,015.37
RM2,127.01
RM5,466.95
RM5,781.39
RM6,122.73
RM225.00

Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM1,908.45 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM2,112.86 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.




Deskripsi Tugas:
Merangka dasar, merancang program serta aktiviti berkaitan kegiatan belia dan sukan di peringkat Kementerian/Jabatan. Meliputi memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan, memberikan nasihat kepakaran serta penyeliaan berterusan bagi mengembangkan program-program belia dan sukan.
3.Juru X-Ray U29 - Tetap / Kontrak



Gred: U29,




Kumpulan: Pengurusan dan Profesional, Sokongan





Kem/Jab: Institut Sukan Negara





Jadual Gaji:





GRED
PERINGKAT
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
U29
P1
P2
P3
RM1,311.58
RM1,391.91
RM1,475.66
RM3,599.85
RM3,851.11
RM4,073.20
RM145.00








Syarat Lantikan:


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :





LANTIKAN KE GRED U29


(a)
(i)
Diploma Radiografi atau Radioterapi daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
GRED U29 [ Gaji Permulaan P1 : RM1,687.59 ]








(ii)
Diploma daripada Society of Radiographer United Kingdom yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.










Deskripsi Tugas :





Juru X-Ray Gred U29


1. Tanggungjawab klinikal


2. Aspek pengurusan organisasi


3. Perlindungan sinaran terhadap pesakit, orang awam dan staf.


4. Memastikan kualiti selaras dengan garis panduan MS ISO 9002.


5. Pendidikan dan latihan


6. Teknologi terkini :
a) Pengimejan diagnostik dengan menggunakan sinaran mengion/tidak mengion, medan magnet, ultrabunyi dan denyutan elektronik (digital).
b) Rawatan dengan penggunaan sinaran mengion.

4.Jurupulih Perubatan U29 - Tetap / Kontrak


Kumpulan: Sokongan




Kem/Jab: Institut Sukan Negara





Jadual Gaji:





PERINGKAT
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
P1
P2
P3
RM1,311.58
RM1,391.91
RM1,475.66
RM3,599.85
RM3,851.11
RM4,073.20
RM145.00





Syarat Lantikan:


i.
warganegara Malaysia;


ii.
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;


iii.
a)
Diploma Jurupulih Cara Kerja atau Diploma Fisioterapi daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,687.59 ]



b)
Diploma Jurupulih Cara Kerja (Occupational Theraphy) daripada London School of Occupational Theraphy yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yan diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,762.79 ]


iv.
lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.





Deskripsi Tugas:


i.
Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.


ii.
Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.


iii.
Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.


iv.
Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.


v.
Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.


vi.
Membuat pesanan bekalan peralatan.


vii.
Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.


viii.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.







5. Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27 - Tetap / Kontrak

Kumpulan: Sokongan



Kem/Jab: Institut Sukan Negara



Jadual Gaji:



PERINGKAT
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
P1
P2
P3
RM1,361.14
RM1,439.77
RM1,521.80
RM3,565.62
RM3,775.97
RM3,992.94
RM145.00



Kelayakan:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    [ Gaji Permulaan P1 : RM1,361.14 ]
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    [ Gaji Permulaan P1 : RM1,361.14 ]
  • Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [ Gaji Permulaan P1 : RM1,661.95 ]
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    [Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan-kegiatan belia dan sukan].



Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan program/projek belia dan sukan termasuk kerja-kerja menyelaras kegiatan-kegiatan berkenaan, memberi nasihat, bimbingan, kursus-kursus, membuat kajian keperluan sukan dan jenis-jenis sukan, merancang dan juga melaksanakan program pelajaran tata negara di peringkat daerah, negeri dan persekutuan. 




6. Juruteknik Komputer FT17 - Tetap/Kontrak


Kumpulan: Sokongan


Kem/Jab: Institut Sukan Negara



Jadual Gaji:



PERINGKAT
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
P1
P2
P3
RM952.66
RM1,012.48
RM1,074.01
RM2,722.67
RM2,866.28
RM3,014.86
RM95.00



Syarat Lantikan:

  • Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM952.66 ] atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM1,010.77 ] atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM1,068.89 ] atau
  • sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM1,243.24 ] atau
  • sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM1,417.59 ] dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.


Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :
http://www.isn.gov.my
http://www.isn.gov.my/en/career-application


Lokasi: Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Sektor: Badan Berkanun

Tarikh Tutup:
16 September 2012


Selamat memohon.

0 comments:

Post a Comment